06 Julai 2015 bermulanya satu perjalanan sebagai guru praktikum di salah sebuah sekolah menengah di daerah Ipoh, Perak. Satu pengalaman yang sangat berharga kerana saya berpeluang untuk bekerjasama dengan guru-guru yang berkaliber dan berpengalaman serta berdepan dengan pelbagai kerenah pelajar. Empat bulan yang pada awalnya terlalu lama bagi setiap guru praktikum, rupa-rupanya sangat menyeronokkan dan terasa begitu pantas masa berlalu. Pengalaman mengajar di dalam bilik darjah, membentuk tingkah laku murid, bermesyuarat bersama guru-guru, melaksanakan pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum sangat menyeronokkan. Saya ditugaskan mengajar kelas tingkatan satu dan tingkatan dua.Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan murid-murid yang sudi menerima kedatangan saya ke sekolah tersebut.
KENANGAN DI SEKOLAH
TINGKATAN 1 PLUTO
TINGKATAN 2 EARTH
No comments:
Post a Comment