Sunday 27 March 2016

Konsep dan Jenis-jenis Disiplin


1.0 KONSEP DISIPLIN BILIK DARJAH
  • Peraturan-peraturan yang dikenakan kepada pelajar-pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. 
  • Pelajar-pelajar berkelakuan baik dan mendisiplinkan diri semasa aktiviti pengajaran pembelajaran dijalankan. 
  • Bilik darjah yang berdisiplin boleh disamakan dengan suasana sosioekonomi bilik darjah yang harmonis, aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan secara sistematik, teratur dan lancar tanpa sebarang gangguan. 

2.0 JENIS-JENIS DISIPLIN 
  • Disiplin Arahan Guru 
  • Disiplin Arahan Kerja 
  • Disiplin Arahan Kumpulan 
  • Disiplin Arahan Diri 
     
      2.1 Disiplin Arahan Guru
  • Keadaan yang membuat murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang sudah ditentukan tanpa dikenakan denda atau diberi ganjaran. 
  • Disiplin arahan diri diwujudkan atas kesedaran bahawa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah adalah semata-mata untuk kebaikan murid-murid itu sendiri. 
  • Disiplin arahan diri biasanya boleh diwujudkan secara tidak sedar apabila murid-murid telah mencapai tahap kematangan, iaitu boleh berfikir secara rasional. 
  • Disiplin arahan diri juga boleh dipupuk melalui latihan dan bimbingan guru seperti menerangkan kepentingan dan kebaikan mematuhi peraturan-peraturan sekolah, menyerapkan nilai-nilai murni dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 
      2.2 Disiplin Arahan Kerja
  • Disiplin arahan kerja diwujudkan apabila sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru perla diselesaikan oleh murid dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  • Disiplin jenis ini dibentuk berlandaskan kesedaran keperluan dan tanggungjawab serta kebaikannya untuk murid-murid mematuhi arahan dan menyempurnakan tugasan mengikut jadual.
  • Disiplin arahan kerja ini mempunyai ciri motivasi yang positif kerana disiplin jenis ini dapat menggalakkan murid menyelesaikan tugasan untuk kebaikan dan kepentingan sendiri.
  • Sememangnya, tidak semua murid mempunyai disiplin arahan kerja dan mematuhi arahan guru dalam menyempurnakan tugasan mereka mengikut jadual.
  • Mematuhi disiplin jenis ini bergantung kepada kematangan murid serta jenis tugasan yang diberikan.
  • Secara amnya, disiplin arahan kerja dapat diwujudkan apabila tugasan yang diberikan adalah menarik, bermakna, boleh disempurnakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan, sesuai dengan umur dan keupayaan murid itu.
      2.3 Disiplin Arahan Kumpulan
  • Disiplin arahan kumpulan diwujudkan antara ahli dalam dinamika kumpulan yang sedia ada atau dalam pembentukan berbagai-bagai kumpulan dengan tujuan menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran.
  • Kumpulan dibentuk berdasarkan kepada norma, nilai dan kepercayaan ahli-ahli yang serupa.
  • Tingkah laku murid dapat dikawal semasa interaksi berlaku di antara rakan sebaya.
  • Murid yang tidak mematuhi norma dinamika kumpulan itu akan disingkirkan.
  • Proses penyesuaian dan penyingkiran yang berlaku antara ahli dalam dinamika kumpulannya menghasilkan disiplin arahan kumpulan.
  • Guru biasanya menggunakan dinamika kumpulan itu untuk mengawal setengah-setengah murid yang sering melanggar disiplin bilik darjah.
  • Bimbingan yang sesuai harus diberikan kepada ketua-ketua kumpulan mereka supaya norma dan kepercayaan yang diamalkan adalah sesuai, sihat dan setimpal dengan disiplin bilik darjah.
  • Di bawah kawalan ketua kumpulan juga, murid-murid dapat melaksanakan aktiviti kumpulan secara sistematik, teratur serta licin.  
      2.4 Disiplin Arahan Diri 
  • Keadaan yang membuat murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang sudah ditentukan tanpa dikenakan denda atau diberi ganjaran. 
  • Disiplin arahan diri diwujudkan atas kesedaran bahawa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah adalah semata-mata untuk kebaikan murid-murid itu sendiri. 
  • Disiplin arahan diri biasanya boleh diwujudkan secara tidak sedar apabila murid-murid telah mencapai tahap kematangan, iaitu boleh berfikir secara rasional. 
  • Disiplin arahan diri juga boleh dipupuk melalui latihan dan bimbingan guru seperti menerangkan kepentingan dan kebaikan mematuhi peraturan-peraturan sekolah, menyerapkan nilai-nilai murni dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

No comments:

Post a Comment