3.0 PUNCA-PUNCA MASALAH DISIPLIN DI DALAM BILIK DARJAH
Masalah disiplin sering berlaku di sekolah terutamanya di dalam bilik darjah. Antara punca masalah disiplin ialah:
- Kebosanan, guru telah gagal menyediakan aktiviti yang menarik, mencabar dan sesuai dengan tahap pencapaian pelajar
- Pelajar tidak mampu menyiapkan kerja yang diberi oleh guru kerana terlalu sukar, kurang jelas dan penggunaan bahasa yang tidak sesuai serta tempoh masa bagi aktiviti adalah terlalu lama
- Pengurusan guru adalah lemah, contohnya bahan bantu visual tidak berfungsi dan terlalu banyak halangan yang mengganggu kelancaran pengajaran
- Keliru dengan ekspektasi guru, guru tidak memberitahu secara jelas dan eksplisit tentang apa yang diinginkan daripada pelajar.
- Interaksi rakan sebaya, perbualan atau tingkah laku tidak diingini dan gangguan dari luar sekolah kedengaran dalam bilik darjah
- Harga kendiri akademik rendah, dimana murid kurang yakin pada diri sendiri.
No comments:
Post a Comment