Sunday 27 March 2016

Cara-cara Menangani Masalah Disiplin di dalam Bilik Darjah


5.0 CARA-CARA MENANGANI MASALAH DISIPLIN DI DALAM BILIK DARJAH

Tiga cara menangani masalah disiplin akan dibincangkan secara ringkas iaitu:
  • Amaran Konstruktif
  • Hukuman
  • Pencegahan Salah Laku.
     
5.1 Amaran Konstruktif
  • Amaran konstruktif digunakan apabila tingkah laku yang tidak diingini mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Keberkesanan tindakan ini bergantung kepada apa yang diperkatakan dan cara bagaimana ia disampaikan
  • Prosedur amaran konstruktif :
  • Dapatkan perhatian pelajar dan tegaskan bahawa ini adalah satu amaran
  •  Jelaskan tingkah laku yang diingini secara eksplisit
  • Jelaskan tindakan yang disediakan bagi pelajar yang tidak memberi kerjasama
  • Amaran perlu ringkas
  • Teruskan pengajaran serta memberi pujian kepada pelajar yang memberi kerjasama
  • Beri pujian kepada pelajar yang bermasalah apabila ia menunjukkan perubahan  tingkah  laku
  • Beri pelajar hanya satu amaran sahaja
5.2   Hukuman
  • Hukuman ialah seperti menarik balik keistimewaan, mengasingkannya dari pelajar lain, memecat pelajar dari jawatan yang disandang, menambah beban tugas, digantung persekolahan dan sebagainya.
  • Hukuman mungkin menimbulkan kesan-kesan negatif kepada pelajar. Menurut  Englander (1986), hukuman mungkin menghalang pembelajaran.
5.3 Pencegahan  Salah Laku
  • Guru perlu mempunyai keupayaan untuk mencegah salah laku pada peringkat awal sebelum ianya menjadi satu isu yang serius.
  • Langkah-langkah bagi mencegah salah laku pelajar:
  • Memahami Dinamika Bilik Darjah  
  • Guru perlu memerhatikan perhubungan pelajar dengan rakan-rakan sekelasnya yang lain dalam membantu mencari punca dan matlamat masalah tingkah laku yang ditunjukkan dan bagaimana rakan sebayanya dapat sama-sama menyelesaikan masalah ini
  • Rakan sebaya dapat mempengaruhi atau membendung tingkah laku dengan lebih berkesan dibandingkan dengan guru sendiri.
  • Pengajaran Berkesan Mencegah Masalah Disiplin Di Dalam Bilik Darjah
  • Menurut Maurice Balson (1992),
“di tengah-tengah kemelut masalah disiplin di dalam bilik darjah sebenarnya adalah kegagalan pendidikan di sekolah”

  • Kebanyakan masalah disiplin dalam bilik darjah timbul adalah berpunca daripada  pengajaran dan aktiviti pengurusan bilik darjah yang tidak berkesan, strategi pengajaran yang tidak terurus dan penggunaan bahan bantu mengajar yang tidak berkesan
  • Guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik, menggunakan kaedah dan teknik berpusatkan pelajar untuk menarik perhatian dan melibatkan mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantuan mengajar perlu dapat merangsang minat  pelajar terhadap pembelajaran.
  • Susun Atur Tempat Duduk
  • Guru perlu menyusun atur tempat duduk pelajar supaya membolehkan anda  memerhati dan memudahkan pergerakan untuk mendekati pelajar.
  • Guru juga perlu sentiasa berinteraksi dengan pelajar semasa sesi  pengajaran dan
  • Prihatin terhadap pelajar
  • Guru perlu membuat tinjauan seluruh bilik darjah dari masa ke semasa untuk memerhatikan sama ada pelajar mengalami masalah dengan tugasan mereka atau memerlukan bantuan.
  • Jika keadaan ini berlaku, guru hendaklah memberikan sokongan supaya pelajar akan teruskan kerja masing-masing. 
  • Guru juga perlu menunjukkan keprihatinan terhadap perkembangan pelajar sama ada besar atau kecil.
  • Mengurus disiplin
  • Guru perlu mempunyai satu himpunan kaedah yang baik untuk mengurus disiplin dalam bilik darjah :
  • Urus rutin bilik darjah dengan berkesan
  • Bina hubungan rakan sebaya yang sihat melalui aktiviti kolaboratif dalam dan luar  bilik darjah
  • Bina persekitaran pembelajaran yang boleh memberi sokongan dan pertimbangkan  perbezaan individu murid dalam situasi pengajaran dan pembelajaran
  • Ingatkan murid tentang akibat  salah laku
  • Wujudkan perhatian dan motivasi dalam bilik darja
  • Libatkan murid dalam aktiviti pengajaran

·         

1 comment:

  1. 1XBet
    Betting in India. It 1xbet login can be great to find the most popular brands, especially ones that wooricasinos.info offer betting on sports such as football, tennis,  Rating: 1/10 · ‎Review by Riku VihreasaariWhere https://septcasino.com/review/merit-casino/ can I kadangpintar find 1xbet?Where can I find 1xbet betting? 1등 사이트

    ReplyDelete