Sunday 27 March 2016

Cara-cara Menangani Masalah Disiplin di dalam Bilik Darjah


5.0 CARA-CARA MENANGANI MASALAH DISIPLIN DI DALAM BILIK DARJAH

Tiga cara menangani masalah disiplin akan dibincangkan secara ringkas iaitu:
  • Amaran Konstruktif
  • Hukuman
  • Pencegahan Salah Laku.
     
5.1 Amaran Konstruktif
  • Amaran konstruktif digunakan apabila tingkah laku yang tidak diingini mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Keberkesanan tindakan ini bergantung kepada apa yang diperkatakan dan cara bagaimana ia disampaikan
  • Prosedur amaran konstruktif :
  • Dapatkan perhatian pelajar dan tegaskan bahawa ini adalah satu amaran
  •  Jelaskan tingkah laku yang diingini secara eksplisit
  • Jelaskan tindakan yang disediakan bagi pelajar yang tidak memberi kerjasama
  • Amaran perlu ringkas
  • Teruskan pengajaran serta memberi pujian kepada pelajar yang memberi kerjasama
  • Beri pujian kepada pelajar yang bermasalah apabila ia menunjukkan perubahan  tingkah  laku
  • Beri pelajar hanya satu amaran sahaja
5.2   Hukuman
  • Hukuman ialah seperti menarik balik keistimewaan, mengasingkannya dari pelajar lain, memecat pelajar dari jawatan yang disandang, menambah beban tugas, digantung persekolahan dan sebagainya.
  • Hukuman mungkin menimbulkan kesan-kesan negatif kepada pelajar. Menurut  Englander (1986), hukuman mungkin menghalang pembelajaran.
5.3 Pencegahan  Salah Laku
  • Guru perlu mempunyai keupayaan untuk mencegah salah laku pada peringkat awal sebelum ianya menjadi satu isu yang serius.
  • Langkah-langkah bagi mencegah salah laku pelajar:
  • Memahami Dinamika Bilik Darjah  
  • Guru perlu memerhatikan perhubungan pelajar dengan rakan-rakan sekelasnya yang lain dalam membantu mencari punca dan matlamat masalah tingkah laku yang ditunjukkan dan bagaimana rakan sebayanya dapat sama-sama menyelesaikan masalah ini
  • Rakan sebaya dapat mempengaruhi atau membendung tingkah laku dengan lebih berkesan dibandingkan dengan guru sendiri.
  • Pengajaran Berkesan Mencegah Masalah Disiplin Di Dalam Bilik Darjah
  • Menurut Maurice Balson (1992),
“di tengah-tengah kemelut masalah disiplin di dalam bilik darjah sebenarnya adalah kegagalan pendidikan di sekolah”

  • Kebanyakan masalah disiplin dalam bilik darjah timbul adalah berpunca daripada  pengajaran dan aktiviti pengurusan bilik darjah yang tidak berkesan, strategi pengajaran yang tidak terurus dan penggunaan bahan bantu mengajar yang tidak berkesan
  • Guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik, menggunakan kaedah dan teknik berpusatkan pelajar untuk menarik perhatian dan melibatkan mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantuan mengajar perlu dapat merangsang minat  pelajar terhadap pembelajaran.
  • Susun Atur Tempat Duduk
  • Guru perlu menyusun atur tempat duduk pelajar supaya membolehkan anda  memerhati dan memudahkan pergerakan untuk mendekati pelajar.
  • Guru juga perlu sentiasa berinteraksi dengan pelajar semasa sesi  pengajaran dan
  • Prihatin terhadap pelajar
  • Guru perlu membuat tinjauan seluruh bilik darjah dari masa ke semasa untuk memerhatikan sama ada pelajar mengalami masalah dengan tugasan mereka atau memerlukan bantuan.
  • Jika keadaan ini berlaku, guru hendaklah memberikan sokongan supaya pelajar akan teruskan kerja masing-masing. 
  • Guru juga perlu menunjukkan keprihatinan terhadap perkembangan pelajar sama ada besar atau kecil.
  • Mengurus disiplin
  • Guru perlu mempunyai satu himpunan kaedah yang baik untuk mengurus disiplin dalam bilik darjah :
  • Urus rutin bilik darjah dengan berkesan
  • Bina hubungan rakan sebaya yang sihat melalui aktiviti kolaboratif dalam dan luar  bilik darjah
  • Bina persekitaran pembelajaran yang boleh memberi sokongan dan pertimbangkan  perbezaan individu murid dalam situasi pengajaran dan pembelajaran
  • Ingatkan murid tentang akibat  salah laku
  • Wujudkan perhatian dan motivasi dalam bilik darja
  • Libatkan murid dalam aktiviti pengajaran

·         

Jenis-jenis Masalah Disiplin


4.0 JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN 


Kategori Masalah Disiplin

Jenis-jenis Masalah Disiplin

Jenayah

·      Merosakkan harta benda sekolah
·      Mencuri, berjudi, berlawan,
·      Memeras ugut
·      Menyertai kongsi gelap
·      Menyalahgunakan dadah
·      Menumbuk guru
·      Bergaduh
·      Membaca atau melukis gambar lucah.


Kelakuan negatif

·      Berambut panjang
·      Memakai sepatu dan stoking berwarna
·      Memakai baju T
·      Berkuku panjang
·      Menghisap rokok
·      Bercakap kasar
·      Berbual-bual dengan dialek
·      Tidak menghormati guru
·      Makan dalam bilik darjah
·      Membuat bising
·      Membuli murid yang lemah
·      Tidak membawa buku
·      Tidak membuat tugasan
·      Menentang arahan guru


Membolos

·      Ponteng kelas
·      Ponteng sekolah
·      Ponteng aktiviti kokurikulum
·      Datang lambat ke sekolah
·      Makan di kantin semasa waktu pelajaran
·      Lewat ke perhimpunan
·      Berkhayal atau tidur di dalam bilik darjah


Menipu

·      Meniru dalam ujian atau peperiksaan
·      Menyalin kerja murid lain
· Tidak menghantar buku latihan untuk diperiksa
·    Menulis dan menandatangani sendiri surat ibu bapa,
·      Menandatangani sendiri buku kemajuan
·      Bercakap bohong
·      Berpura-pura sakit.

Punca Masalah Disiplin


3.0 PUNCA-PUNCA MASALAH DISIPLIN DI DALAM BILIK DARJAH
Masalah disiplin sering berlaku di sekolah terutamanya di dalam bilik darjah. Antara punca masalah disiplin ialah:
  • Kebosanan, guru telah gagal menyediakan aktiviti yang menarik, mencabar dan sesuai dengan tahap pencapaian pelajar
  • Pelajar tidak mampu menyiapkan kerja yang diberi oleh guru kerana terlalu sukar, kurang jelas dan penggunaan bahasa yang tidak sesuai serta tempoh masa bagi aktiviti adalah terlalu lama
  • Pengurusan guru adalah lemah, contohnya bahan bantu visual tidak berfungsi dan terlalu banyak halangan yang mengganggu kelancaran pengajaran
  • Keliru dengan ekspektasi guru, guru tidak memberitahu secara jelas dan eksplisit tentang    apa yang diinginkan daripada pelajar.
  • Interaksi rakan sebaya, perbualan atau tingkah laku tidak diingini dan gangguan dari luar sekolah kedengaran dalam bilik darjah
  • Harga kendiri akademik rendah, dimana murid kurang yakin pada diri sendiri. 

Disiplin Bilik Darjah

PENGURUSAN BILIK DARJAH




KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH



DISIPLIN BILIK DARJAH










Konsep dan Jenis-jenis Disiplin


1.0 KONSEP DISIPLIN BILIK DARJAH
  • Peraturan-peraturan yang dikenakan kepada pelajar-pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. 
  • Pelajar-pelajar berkelakuan baik dan mendisiplinkan diri semasa aktiviti pengajaran pembelajaran dijalankan. 
  • Bilik darjah yang berdisiplin boleh disamakan dengan suasana sosioekonomi bilik darjah yang harmonis, aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan secara sistematik, teratur dan lancar tanpa sebarang gangguan. 

2.0 JENIS-JENIS DISIPLIN 
  • Disiplin Arahan Guru 
  • Disiplin Arahan Kerja 
  • Disiplin Arahan Kumpulan 
  • Disiplin Arahan Diri 
     
      2.1 Disiplin Arahan Guru
  • Keadaan yang membuat murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang sudah ditentukan tanpa dikenakan denda atau diberi ganjaran. 
  • Disiplin arahan diri diwujudkan atas kesedaran bahawa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah adalah semata-mata untuk kebaikan murid-murid itu sendiri. 
  • Disiplin arahan diri biasanya boleh diwujudkan secara tidak sedar apabila murid-murid telah mencapai tahap kematangan, iaitu boleh berfikir secara rasional. 
  • Disiplin arahan diri juga boleh dipupuk melalui latihan dan bimbingan guru seperti menerangkan kepentingan dan kebaikan mematuhi peraturan-peraturan sekolah, menyerapkan nilai-nilai murni dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 
      2.2 Disiplin Arahan Kerja
  • Disiplin arahan kerja diwujudkan apabila sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru perla diselesaikan oleh murid dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  • Disiplin jenis ini dibentuk berlandaskan kesedaran keperluan dan tanggungjawab serta kebaikannya untuk murid-murid mematuhi arahan dan menyempurnakan tugasan mengikut jadual.
  • Disiplin arahan kerja ini mempunyai ciri motivasi yang positif kerana disiplin jenis ini dapat menggalakkan murid menyelesaikan tugasan untuk kebaikan dan kepentingan sendiri.
  • Sememangnya, tidak semua murid mempunyai disiplin arahan kerja dan mematuhi arahan guru dalam menyempurnakan tugasan mereka mengikut jadual.
  • Mematuhi disiplin jenis ini bergantung kepada kematangan murid serta jenis tugasan yang diberikan.
  • Secara amnya, disiplin arahan kerja dapat diwujudkan apabila tugasan yang diberikan adalah menarik, bermakna, boleh disempurnakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan, sesuai dengan umur dan keupayaan murid itu.
      2.3 Disiplin Arahan Kumpulan
  • Disiplin arahan kumpulan diwujudkan antara ahli dalam dinamika kumpulan yang sedia ada atau dalam pembentukan berbagai-bagai kumpulan dengan tujuan menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran.
  • Kumpulan dibentuk berdasarkan kepada norma, nilai dan kepercayaan ahli-ahli yang serupa.
  • Tingkah laku murid dapat dikawal semasa interaksi berlaku di antara rakan sebaya.
  • Murid yang tidak mematuhi norma dinamika kumpulan itu akan disingkirkan.
  • Proses penyesuaian dan penyingkiran yang berlaku antara ahli dalam dinamika kumpulannya menghasilkan disiplin arahan kumpulan.
  • Guru biasanya menggunakan dinamika kumpulan itu untuk mengawal setengah-setengah murid yang sering melanggar disiplin bilik darjah.
  • Bimbingan yang sesuai harus diberikan kepada ketua-ketua kumpulan mereka supaya norma dan kepercayaan yang diamalkan adalah sesuai, sihat dan setimpal dengan disiplin bilik darjah.
  • Di bawah kawalan ketua kumpulan juga, murid-murid dapat melaksanakan aktiviti kumpulan secara sistematik, teratur serta licin.  
      2.4 Disiplin Arahan Diri 
  • Keadaan yang membuat murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang sudah ditentukan tanpa dikenakan denda atau diberi ganjaran. 
  • Disiplin arahan diri diwujudkan atas kesedaran bahawa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah adalah semata-mata untuk kebaikan murid-murid itu sendiri. 
  • Disiplin arahan diri biasanya boleh diwujudkan secara tidak sedar apabila murid-murid telah mencapai tahap kematangan, iaitu boleh berfikir secara rasional. 
  • Disiplin arahan diri juga boleh dipupuk melalui latihan dan bimbingan guru seperti menerangkan kepentingan dan kebaikan mematuhi peraturan-peraturan sekolah, menyerapkan nilai-nilai murni dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Saturday 26 March 2016

Pengalaman Praktikum

06 Julai 2015 bermulanya satu perjalanan sebagai guru praktikum di salah sebuah sekolah menengah di daerah Ipoh, Perak. Satu pengalaman yang sangat berharga kerana saya berpeluang untuk bekerjasama dengan guru-guru yang berkaliber dan berpengalaman serta berdepan dengan pelbagai kerenah pelajar. Empat bulan yang pada awalnya terlalu lama bagi setiap guru praktikum, rupa-rupanya sangat menyeronokkan dan terasa begitu pantas masa berlalu. Pengalaman mengajar di dalam bilik darjah, membentuk tingkah laku murid, bermesyuarat bersama guru-guru, melaksanakan pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum sangat menyeronokkan. Saya ditugaskan mengajar kelas tingkatan satu dan tingkatan dua.Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan murid-murid yang sudi menerima kedatangan saya ke sekolah tersebut.


KENANGAN DI SEKOLAH






TINGKATAN 1 PLUTO








TINGKATAN 2 EARTH